Piala MBNS 2021, bermula pada 19th November 2021 dengan 2 kategory permain lelaki secara berbalas.
Perlawanan Pertama –
Miri Kinsar lwn Changkat Hartamas (58-92)
Perlawanan bermula dengan asakan dan tembakan 3 mata daripada Changkat Hartamas. Xian Fu dan pasukannya mengkuasai permainan dengan serangan yang awal dan menekan Miri Kinsar dengan mata 52 kepada 29 pada separuh masa.
Walaupun dengan asakan oleh Changkat Hartamas, Miri Kinsar cuba bangkit daripada asakan tersebut, namun dinding pertahan Changkat Hartamas dilihat agak sukar untuk diboloskan and membawa kepada kekalahan pertama kepada Miri Kinsar.
Permain Ong Wei Yong hampir mendapat “Tripel Double” pada permain tersebut dan dinobatkan permain terbaik untuk perlawanan tersebut
Kita berjaya mendapat sepatah kata dengan Jurulatih Idham:
“Saya mengenali kelebihan dan kekurangan para pemain saya. Saya tahu, pihak lawan kami lebih bersedia dan tersusun untuk perlawanan ini. Tetapi, saya memberitahu para permain saya untuk jangan lupa untuk berseronok juga semasa bermain. Suku masa pertama dan kedua memberi tekanan pada pasukan, disebabkan oleh norma baru – datang dari KL, membuat ujian COVID dan ambil bahagian dalam aktiviti kejohan yang kurang semenjak 2 tahun ini”
“Kita baru berpeluang untuk berjumpa dengan para permain kita pada kali pertama dan bermula untuk membina amanah antara kita. Kita memberi kerpercayan kepada para permain kita dan permain memepercayai anda untuk melakukan apa yang perlu untuk menjayakan pasukan. Kita fokus kepada perkara yang kecil dan bersama-sama kita boleh melakukan perkara yanf besar bersama.”
______________________________________________________________________________
Perlawanan Kedua- GoStrong vs KL Aseel (65-73)
GoStrong mula bergelut untuk mendapat mata daripada KL Aseel dipermulaan suku masa pertama. Dengan hanya mendapat jaringan kedua pada 3 minit di suku pertama, GoStrong menyesuaikan semula strategi mereka dengan pantas untuk membawa mereka kembali menguasai permain.
Tekanan oleh KL Aseel diteruskan oleh permain Maegan Mahadevan dan kepantasan Tan Wei Long, mengunci pertahanan dan kawasan GoStrong daripada memberi ruang untuk menguasai.
Walaupun dengan pertahanan yang ketat of KL Aseel, pasukan tersebut gagal untuk mengambil kesempatan untuk menyerang terhadap pasukan lawan, apabila informasi statistik menunjukkan pasukan itu hanya mempunyai 36% untuk “SHOOTING” dalam perlawanan secara menyeluruh.
Selepas separuh masa, Thea Zhing Sin dari GoStrong, bekas permain KL Dragons bermain dengan sepenuh hati di kedua hujung gelanggang dan berjaya untuk mendapat deficit satu digit untuk keseluruhan perlawanan.
Memasuki suku akhir permain, KL Aseel yang mendahului dengan pendahuluan mata yang besar telah dilelehkan kepada 6 mata diantara pasukan lawan. Dengan hanya 3 minit lagi sehingga masa tamat, pemain Wee Yong Gan dari KL Aseel berjaya skor 3 mata dari penjuru gelanggang dan Leong Zhen Kang turut skor 3 mata lagi dibahagain sayap gelanggang. Dengan kekurangan masa yang ada pada perlawanan, GoStrong telah kalah kepada KL Aseel dengan kelebihan mata margin yang kecil.
Dan kita berakhir untuk Ringaksan Hari Pertama untuk Piala MBNS 2021.
Ingat untuk ikut:
Negeri Sembilan Basketball Association
Untuk permainan menarik yang akan datang.