Piala MBNS sudah sampai ke minggu ke-2 dengan permulaan perlawanan untuk kategori lelaki dan perempuan.
GoStrong Vs Miri Kinsar (98 – 93)
Perlawanan yang menunjukkan banyak aksi dan detik-detik yang “nail-biting” dan “Triple overtime”
Pada suku masa pertama, GoStrong berada di 9 mata di depan pihak lawan yang selesa. Namun Miri Kinsar berjaya kembali mengambil balik keselesaan daripada pihak lawan dengan pertahanan yang cemerlang dan mendapat kelebihan terhadap pihak lawan pada akhir suku masa pertama dengan kelebihan 2 mata.
Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan berada “neck and neck” situasi dari segi pertahanan dan serangan. Pada suku masa terakhhir, kedua-dua pasukan dalam keletihan, dimana serangan dan cubaan untuk mengutip mata mula menjadi sukar dan kedua-dua pasukan juga tidak menjadikan permainan nampak mudah antara sesama sendiri.
Perlawanan akhirnya masuk ke “Third Overtime” dan nampaknya GoStrong menembak lebih bagus dari segi balingan percuma di garisan gelanggang pada masa itu. Miri Kinsar mencuba dengan sedaya upaya dan akhirnya kalah di babak akhir perlawanan.
Selepas kekalahan KL Aseel, GoStrong akhirya mengambil satu lagi kemenangan. Sementara itu, Miri Kinsar masa 0-3 dan mencari kemenangan pertama mereka dalam kejohanan ini.
______________________________________________________________________________
NS Matrix vs Everest Group (66 – 60) (Perempuan)
Di dalam kategori perempuan, perlawanan ini adalah salah satu perlawanan yang dinantikan dalam kejohanan ini. Perlawanan ini juga menentukan pasukan mana yang akan di rangka atas dalam kumpulan itu. NS Matrix mulakan perlawanan dengan serangan mantap di suku masa pertama dengan skor 15-2 terhadap pihak lawan.
Dalam masa 5 minit di suku masa pertama, Everest mula sedar dan melawan balik asakan pihak lawan dengan skor 17-12 terhadap pihak lawan, di mana NS Matrix masih di kelebihan mata pada masa itu.
Selepas beberapa suku masa berlalu dan asakan demi asakan oleh kedua-dua pasukan, Everest akhirnya berjaya mendapat kelebihan 1 mata terhadap pihak lawan di suku masa ketiga. Akan tetapi, NS Matrix mula sedar kelebihan mata mereka dan bangkit semula daripada defisit mata mereka.
Dalam minit babak terakhir perlawanan, Eugene Ting dari NS Matrix melengkapkan perlawanan dengan “under the basket” dan mendapatkan faul untuk memberikan jurang skor antara pihak lawan kepada 8 mata. Dengan hanya 14 saat ke akhir perlawanan, NS matrix mulakan taktik mereka untuk menahan sehingga buzzer dibunyikan. Everest merekodkan kekalahan mereka yang pertama dalam kejohanan dan NS Matrix berada di posisi yang amat selesa dengan 3 kemenangan dalam kejohanan ini.
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terkini mengenai Piala MBNS 2021 di Facebook dan di sini, Scorepeon.com