Kerajaan Pulau Penang memulakan Kejohanan Bola Keranjang LovePenang, salah satu daripada aktiviti dalam kempen LovePenang yang bermula baru-baru ini.
Kejohanan ini diadakan untuk membangunkan prestasi para pemain perempuan dan lelaki di negeri tersebut. Tambahan pula, kejohanan ini dapat mencungkil bakat baru untuk sukan ini bagi negeri itu untuk memilih.
Kejohanan ini dianjurkan oleh kerajaan Pulau Pinang, Penang State Sports Council (MSNPP), Penang Basketball Association and South Seberang Perai Basketball Association.
Majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang LovePENANG akan dijalankan pada 26 Julai 2022 di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Perkampungan Jawi. Pusingan awal kejohanan tersebut akan berlangsung antara pasukan dari Zon Seberang Perai dan Zon Pulau di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Perkampungan Jawi dan Stadium Azman Hashim, USM.
Seterusnya, pasukan yang layak akan memasuki pusingan akhir di Stadium Han Chiang pada 28 Ogos 2022, jam 8 malam.
Mengikut kata Ketua Menteri Pulau Penang, Chow Kon Yeow, sekitar 40 pasukan sudah mendaftar untuk kejohanan tersebut
Ikuti kami di laman Facebook dan lama sesawang ini untuk lebih berita menarik dan keputusan dalam kejohanan tersebut.