Cangkat Hartamas lwn NS Matrix (95-105)
Selepas kemenangan terhadap pasukan GoStrong semalam, Cangkat Hartamas memasuki perlawanan dengan serangan sengit dan mendahului skor di suku masa pertama. Walaupun pasukan NS Matrix hanya mempunyai jurang 3 mata, semangat Cangkat Hartamas adalah tinggi, berterima kasih kepada para pertahanan yang muda, permain Jamil dan Zhong Ji yang membahagikan kerja pertahanan di gelanggang.
Pasukan NS Matrix mula kembali kepada perlawanan di suku masa kemudian dengan penuh dendam, dengan pemain Ting Chun Hong menembak bola 3 mata dan mengambil semua “rebounds”. Selepas beberapa tembak terlepas oleh Captain “Cluthc” Yi Hou, dia memasuki zon permainannya dan mula melakukan 5 tembakan bola 3 mata dalam masa beberapa minit.
Pasukan Cangkat Hartamas hampir berjaya mendekatkan jurang pada suku masa terakhir, akan tetapi mereka tidak dapat mengekalkan jurang yang dekat itu dan tidak dapat mengambil kesempatan dengan dominasi pasukan NS Matrix di gelanggang, dengan pergerakan bola dan rotasi yang mendalam. Pada akhirnya, pasukan NS Matrix tak terkalah sepanjang peringkat kumpulan perlawanan itu.
______________________________________________________________________________
NS Matrix lwn MKYC Dragons (89-56)
(Kategori Perempuan)
Pasukan NS Matrix tidak memberi peluang kepada pasukan MKYC di sepanjang perlawanan itu, dengan kepantasan dan pengalaman permainan. Pasukan MKYC cuba membolosi pertahanan pasukan NS Matrix, namun percubaan mereka gagal disebabkan terlalu banyak “turnovers” di sepanjang masa perlawanan.
Perlawanan tersebut dilihat seperti satu perlawanan yang sangat berat sebelah sesungguhnya dan pasukan NS Matrix mengambil kesempatan untuk mendominasikan gelanggang apabila pasukan MKYC mula leka dan letih. Pasukan MKYC tiada sebarang peluang untuk mengutip mata pada 3 minit di suku masa terakhir, itu memberi pasukan NS Matrix merampas kemenangan daripada pihak lawan.
______________________________________________________________________________
Segamat BA lwn Everest Group (55-79)
(Kategori Perempuan)
Kedua-dua pasukan bermain dan merampat jurang skor mereka disepanjang 3 suku masa perlawanan. Perlawanan yang sengit ditonjolkan oleh pemain utama, Pei Jie dan Rynn Lee memberikan persembahan yang hebat. Selepas kesengitan selama 3 suku masa, Kiki, Chah Yee and Ang Hui Yi daripada pasukan Everest mula mendominasi perlawanan dan menjarak jurang dengan pihak lawan kepada 51-41 sehingga akhir suku masa ketiga.
Dengan 1 suku masa berbaki, pasukan Segamat bersemangat untuk memberikan apa yang mereka boleh untuk mendekatkan jurang skor. Pada hakikatnya, mereka tidak dapat melepasi benteng pertahanan pasukan Everest dan mulakan merosakkan pelan pasukan Segamat dan memaksa terlalu banyak “turnovers”. Everest mengambil kesempatan ini dan menyerang untuk menjamin kemenangan bagi pasukan mereka.
______________________________________________________________________________
Red Baron lwn Penang Stallion (105-55)
Pasukan Penang Stallions masih mencari kemenangan mereka yang pertama, dengan harapan untuk memenangi pasukan Red Baron yang dapat memberikan posisi yang lebih selamat pada peringkat kumpulan di kejohanan ini. Pasukan ini masih berkongsi nasib dengan satu lagi pasukan, iaitu pasukan Miri Kinsar yang masih mencari kemenangan juga dalam kumpulan itu.
Akan tetapi, pasukan Red Baron tidak memberi peluang pada pasukan Penang Stallion atau perlawanan yang mudah untuk mereka, Pasukan Red Baron mulakan perlawanan dengan pertunjukkan penguasaan sebagai satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan oleh pihak lawan.
Pasukan Penang Stallion terdiri daripada para pemain dibawah atau sebahagian daripada pasukan pembangunan, dengan satu matlamat untuk pemain muda mereka mendapat pengalaman secepat mungkin atau sementara mereka boleh bermain di kejohanan ini.
Ini dapat membuka mata pasukan pembangunan ini untuk melihat bagaimana pasukan yang hebat bermain dengan betul. Walaupun dengan jurang skor yang jauh di permulaan perlawanan, pasukan Penang Stallion tidak pernah berputus asa, menekan dan cuba mengawal pergerakan bola dengan licin dan terkawal sehingga suku masa ketiga.
Apabila masa perlawanan tamat, kemenangan perlawanan berpihak kepada pasukan Red Baron.