GoStrong lwn Cangkat Hartamas (70-71)
Perlawanan yang sengit bermula dengan pasukan GoStrong dan Cangkat Hartamas, pasukan-pasukan yang perlu mendapat kemenangan atas sesama sendiri. Pasukan yang menang pada hari ini mendapat manfaat posisi dalam kumpulan kejohanan tersebut.
GoStrong dan Cangkat Hartamas memulakan perlawanan dengan menyerang tanpa henti antara sama lain selama suku masa pertama, di mana skor mereka akhirnya menjadi seri sama, walaupun mereka berlawan untuk memasukkan mata, diantara beberapa saat sehingga kurang 2 minit durasi.
Apabila memasuki suku masa kedua, Cangkat Hartamas mula meningkat pertahanan dan menghukum kesilapan oleh pasukan GoStrong selepas seri skor sehingga 5 minit kemudian. Jurang skor antara dua pasukan mula dilihat selepas 5 minit dalam suku masa kedua, dengan jurang 5 mata pada akhir suku masa kedua, berpihak pada pasukan Cangkat Hartamas.
Jurang skor bersambung sehingga suku masa ke-empat dimana GoStrong mula skor terhadap kesilapan pertahanan oleh Cangkat Hartamas untuk mengambil kedudukan hadapan dengan jurang 2 mata. Namun, pada masa akhir suku masa itu, serangan yang strategik dan “time-out” oleh pasukan Cangkat Hartamas apabila skor mereka dihadapan, membawa padah kepada GoStrong, dimana Cangkat Hartamas menghabiskan masa dan menahan sehingga akhir masa itu. Cangkat Hartamas berjaya menang dengan kelebihan satu mata, dengan skor 70-71.
______________________________________________________________________________
Miri Kinsar lwn KL Aseel (66-108)
Perlawanan pada hari ini merupakan salh satu perlawanan penting untuk Miri Kinsar, sehingga sekarang, belum lagi mendapat kemenangan dalam kumpulan kejohanan.
Akan tetapi, tugas mereka menjadi lebih sukar apabila mereka bertemu dengan pasukan lawan mereka, KL Aseel yang hanya kalah satu kali dalam kumpulan kejohanan.
KL Aseel memulakan jurang skor mereka pada permulaan perlawanan, dengan serangan demi serangan terhadap pertahan Miri Kinsar yang kurang berpengalaman berbanding pasukan lawan.
Jurang itu menjadi lebih besar sehingga KL Aseel berjaya mendapat skor 100 di suku masa keempat, berbanding skor Miri Kinsar yang berada di 60. Pada akhir masa, Miri Kinsar terpaksa akur kepada KL Aseel yang menghabiskan perlawanan kumpulan kejohanan mereka dengan satu lagi kemenangan, Miri Kinsar masih ada satu lagi perlawanan untuk mencari kemenangan mereka pada minggu ini.
Ikuti sesawang kami untuk lebih berita menarik untuk Piala MBNS 2021.