Perlawanan Piala MBNS 2021 bersambung pada hari ke-6, dengan beberapa perlawanan yang agak menarik dengan pelbagai aksi hebat oleh para pemain di dalam kejohanan.
Segamat BA vs NS Matrix (55 – 52) (Kategori Perempuan)
Ini merupakan salah satu perlawanan yang menarik dalam kategori perempuan untuk kejohanan ini, dengan pelbagai drama dan cengkaman dalam perlawanan untuk setiap suku masa dalam perlawanan.
Dalam perlawanan ini, pertahanan adalah strategi penting and pasukan Segamat BA merupakan pasukan yang mempunyai pemain yang terhad dengan pemgalaman. NS Matrix mula bermain dengan keaadan tenang atau perlahan, sementara pasukan Segamat BA mula bermain dengan berhati-hati dengan menengang masa bermain sehingga masa akhir dan dengan strategi yang agak pintar.
Pasukan NS Matrix terperangkap dalam strategi Segamat BA dengan baki 11 saat, pasukan NS Matrix hanya mendahului dengan 1 mata. Segamat BA menyerang dengan secara agresif, tetapi melakukan faul untuk 2 “free throws” untuk pihak lawan.
Sin Jie, pemain dari pasukan Segamat BA berjaya merapat jurang skor terhadap pihak lawan kepada skor 53-52. Dengan kurang 10 saat bakinya pada akhir masa perlawanan, pemain Magdeline dari pasukan NS Matrix tersasar tembakannya ke jaringan untuk skor 3 mata bagi pasukannya dan membawa pasukan NS Matrix kekalahan pertama dalam kejohanan ini dan juga kepada Segamat BA.
______________________________________________________________________________
Penang Stallion vs GoStrong (56-79)
Pasukan Penang Stallion masih mencari kemenangan mereka di peringkat kumpulan kejohanan ini. Pasukan GoStrong dilihat sedikit goyah untuk 5 minit pertama perlawanan tersebut. Penang Stallion mengambil kesempatan situasi tersebut dengan pantas dan menunjukkan gaya permainan yang agresif.
Bagaimanapun, GoStrong berjaya pulih daripada keadaan mereka dan mengambil kembali skor di papan mata pada akhir suku masa pertama. Sejak dari masa itu, Penang Stallion mula hilang semangat dan melakukan beberapa kesilapan ” turnovers” kepada pihak lawan.
GoStrong tidak memberi peluang kepada pihak lawan dan terus menjarakkan jurang skor di papan mata pada separuh masa perlawanan, menghentikan serangan Penang Stallion untuk bangkit semula. Kekalahan pasukan Penang Stallion memberi peluang kepada GoStrong untuk posisi yang lebih selesa dalam peringkat kumpulan untuk kejohanan ini.
______________________________________________________________________________
KL Aseel VS Cangkat Hartamas (89-62)
Kita dapat melihat kehebatan aksi Wee Yong Gan beberapa tahun dahulu apabila dia masih bermain untuk pasukan KL Dragons di MPL D-League. KL Aseel telah mencapai potensi mereka selepas Them Zhen Jie tidak hadir untuk bermain pada minggu lalu.
Perlawanan tersebut masih seri skor sehingga pada suku masa ke-2, dimana Wee Yong Gan berjaya mengasak Cangkat Hartamas dengan cubaan 6 daripada 10 untuk skor mata bagi pasukannya. Dia juga berjaya mendapat 7 kai “steals” untuk pasukannya di gelanggang juga.
Dengan kehadiran kuasa penyerangan yang begitu mantap, Wei Long dan Maegan juga melakukan tugas mereka bagi serangan dan pertahanan dalam gelanggang itu. Tanpa solusi untuk menyelesaikan strategi oleh KL Aseel, Cangkat Hartamas akhir kalah dalam perlawana itu.
_____________________________________________________________________________
Everest Group VS MKYC Dragons (77-65) (Kategori Perempuan)
Situasi berulang untuk MKYC dimana Ang Hui Yi menjadi pemain untuk skor terbanyak, apabila mereka bertemu dengan Everest Group pada pertama kali di dalam kejohanan ini. Dia mempunyai pencapaian yang luar biasa dengan lebih 53% gol lapangan dalam gelanggang. Akan tetapi, MKYC Dragons juga mempunyai pelan “counter” mereka untuk perlawanan ini.
Mereka memutuskan untuk bermain pertahanan dan cuba menghalang pemain Ang Hui Yi untuk mengurangkan tamparan daripada pihak lawan pada skor di papan tanda. Bagaimanapun, sokongan daripada pemain Ryn Lee dan Elaine memberikan peluang kepada Ang Hui Yi untuk memboloskan pertahanan MKYC Dragons. Perlawanan ini nampaknya hampir sama seperti kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dalam kejohanan ini.
Tanpa mempunyai banyak masa lagi, pasukan Everest Group mula menukarkan strategi mereka untuk membazir masa dan mula rotasikan para pemain mereka untuk memberikan persediaan untuk perlawanan pada masa depan.
Akhir kata, Everest dikalahkan oleh MKYC Dragons seperti perlawanan pertama mereka, tapi dengan skor yang berbeza daripada perlawanan pertama.
______________________________________________________________________________
Red Baron VS NS Matrix (55-84)
Pasukan NS Matrix memasuki perlawanan dengan harapan yang tinggi dan sebagai pasukan pilihan utama untuk kejohanan. NS Matrix juga tidak pernah kalah lagi dalam peringkat kumpulan dalam kejohanan ini, dan masih mempunyai rekod sempurna atau “Perfect”.
Pasukan Red Baron tidak mendapat peluang terhadap pihak lawan yang lebih berpengalaman dan pantas. Pemain Mei Mei daripada pasukan NS Matrix mula memruntuhkan pertahanan pihak lawan dengan “double-double” prestasi 10 lantunan dan 20 mata.
Red Baron tried their very by playing around Jia Jun but getting pass Matrix stellar defense is proven to be very difficult. Before we know it, the lead was already at 20 point at the second quarter.
Tanpa melihat solusi untuk membalas balik pihak lawan, pasukan Red Baron akhirnya kalah kepada pasukan NS Matrix dengan aksi dan perlawanan yang menarik untuk kedua-dua pasukan.
Kunjungi laman kita minggu depan untuk berita terkini berkaitan dengan Piala MBNS 2021 dan juga Facebook kita.