Penang Stallion lwn KL Aseel ( 71-92)
Selepas kekalahan kepada NS Matrix pada perlawanan dahulu, Penang Stallion sudah bersedia untuk perlawanan kedua mereka. Pada suku masa pertama, Penang Stallion mengalami kejutan daripada KL Aseel dan akur 38 mata di suku mata pertama.
Penang Stallion cuba bangkit dari akuran itu, tetapi keadaan sudah terlambat apabila KL Aseel menekan mereka sehingga kalah dalam perlawanan tersebut.
______________________________________________________________________________
Everest Group lwn Segamat BA (67-47) (Perempuan)
Semangat Segamat BA bersambung ke hari ketiga. Selepas bertembung NS Matrix pada perlawanan lalu, mereka perlu usaha yang lebih kuat untuk melawan Everest Group.
Everest Group sudah mempunyai kemenangan dalam poket mereka selepas mengalahkan MKYC Dragons. Segamat BA cuba menunjukkan kekuatan atau kepantasan terhadap Everest Group, akan tetapi Everest Group menekan serangan mereka di gelanggang sendiri.
Elaine dari Everest Group menunjukkan aksi yang hebat dan mula membolos pertahanan MKYC Dragons untuk membawa kemenangan.
______________________________________________________________________________
Red Baron Vs GoStrong (47-81)
KL Aseel sudah kalahkan pasukan lawan pada Hari Pertama dan Kedua. GoStrong sudah pasti bersedia untuk W.Adrian, Ketua Jurulatih pasukan GoStrong berkata para permain pasukannya menerima “Culture Shock” dari tekanan KL Aseel.
Barisan semasa untuk Red Baron pada ketika itu adalah bukan seperti pasukan dahulu. Tanpa pemain Ng Cheng Toong dan penyerang utama Yap Zhi Wei, tahap serangan mereka adalah lebih rendah daripada yang dijangka.
GoStrong telah mengambil kesempatan akibat kelemahan Red Baron. Walaupun Jia Jun dari Red Baron menunjukkan usaha untuk membawa pasukan tanpa rakannya Zhen Yu, Cheng Toong and Zhi Wei, adalah usaha yang amat besar untuk pemain muda tersebut.
Pergerakan Jia Jun dipertahankan oleh Thea, John Wong dan Rais dari pasukan GoStrong, membawa kepada kekalahan pada Red Baron dengan cara yang menakjubkan.
______________________________________________________________________________
MKYC Dragons Vs NS Matrix (41-64) (Perempuan)
Kedua-dua pasukan memasuki perlawanan dengan para pemain yang baru dalam kumpulan ini. Pemain Nur Izzati and Yap Fook Yee tidak kelihatan dalam perlawanan ini.
Pemain dari pasukan NS Matrix, Magdelene dan Chia Mun Yee merancak perlawanan tersebut pada petang itu. Pertahanan yang keras oleh NS Matrix menyebabkan banyak “Turnover” kepada MKYC Dragons juga.
Meskipun usaha yang dilakukan oleh MKYC Dragons untuk kembali semula dalam perlawanan, jurang mata diantara pihak lawan semakin lama, semakin jauh. Sebelum kita tahu apa terjadi, NS Matrix berjaya merampas kemenangan daripada MKYC Dragons.
______________________________________________________________________________
Miri Kinsar Vs NS Matrix (48-73)
Pada masa petang yang agak sejuk semasa perlawanan itu, namun ia adalah satu malam yang kurang memberangsangkan untuk kedua-dua pasukan pada perlawanan tersebut. Akan tetapi, ini tidak dapat menahan NS Matrix daripada mendapat kemenangan.
Walaupun kekurangan aksi daripada kedua-dua pasukan, NS Matrix masih ada kelebihan pada pertahanan mereka. “Rebound” daripada pasukan NS Matrix memberikan meraka banyak peluang untuk skor 2 mata di gelanggang.
Kapten “Clutch” Yi Hou telah mendapat 3 “steals” pada suku masa pertama. Akan tetapi, pada suku masa kedua, keadaan sejuk melandan keseluruhan stadium dimana pasukan NS Matrix terlepas 4 hingga 5 kali untuk skor 3 mata, berbalas kali dalam satu jangka masa.
Dalam masa kini, pasukan NS Matrix berjaya mendapat 2 kemenangan dalam kumpulan tersebut dan Miri Kinsar masih cuba mencari kemenangan pertama mereka. Ini membawa kemungkinan besar salah satu pasukan akan dibawa keluar menuju kepada peringkat kumpulan.
Ikuti kami minggu depan untuk lebih banyak berita Piala MBNS 2021!